Monday, November 16, 2009

Pasukan Debat & Peranan Pendebat

KERAJAAN

Pendebat pertama- Perdana Menteri
-Mendefinisikan usul (literal+konseptual+rasional)
- Memberikan beban tugas
- Menyatakan struktur hujah
-Membentangkan hujah perdana (isi+huraian+contoh+kesimpulan)

Pendebat kedua- Timbalan Perdana Menteri
-Tegakkan premis pasukan
-Membidas konsep pembangkang
-Bidas Hujah ketua pembangkang
-jawab beban tugas yang diberikan
-Bentangkan hujah (isi+huraian+contoh+kesimpulan)

Pendebat Ketiga- Menteri Pertahanan
-Tegakkan premis pasukan
-Bidas kes lawan (konsep dan setiap isi pendebat)

Pendebat Simpanan

PEMBANGKANG

Pendebat pertama- Ketua Pembangkang
-Membidas konsep kerajaan
-Membentangkan konsep/premis pasukan
-Memberikan beban tugas
-Menyatakan struktur hujah
-Membidas hujah PM
-Membentangkan hujah perdana (isi+huraian+contoh+kesimpulan)

Pendebat Kedua- Pembangkang pertama
-Tegakkan premis
-Bidas Hujah TPM
-Membentangkan hujah (isi+huraian+contoh+kesimpulan)

Pendebat Ketiga- Pembangkang kedua
- Tegakkan premis pasukan
-Bidas kes lawan (konsep dan setiap isi pendebat)

Pendebat Simpanan

*ini merupakan peranan secara kasar, sebagai panduan untuk pendebat baru. (Pelapis Sekolah) Peranan dimainkan ikut kreativiti dan kesesuaian pendebat.


Sunday, June 7, 2009

SENARAI USUL PERTANDINGAN DEBAT ANTARA KELAS 2009

Pertandingan kali ini akan dihiasi dgn 5 kategori usul iaitu politik,ekonomi,sosial,pendidikan dan humor.Berikut diberikan senarai usul yg akan diperdebatkan ketika berlangsungnya pertandingan debat ini.Kategori yg berlainan akan diperdebatkan setiap hari.Jadi,peserta hanya akan mengetahui kategori apa yg akan diperdebatkan pd hari tertentu hanya berdasarkan pengumuman yg akan dibuat setiap pagi disekolah.Oleh itu,anda hanya perlu untuk membuat research bg usul2 dibawah.SELAMAT BERDEBAT!!!

POLITIK
1.Perpaduan di Malaysia:Retak Menanti Belah
2.Diplomasi Masih Relevan
3.Nuklear:Punca Kemelut Dunia
4.Barack Obama Harapan Baru Dunia
5.Konsep '1 Malaysia' Menjamin Perpaduan Negara
6.Kabinet Yang Ramai Lebih Baik
7.Malaysia Sudah Cukup Demokratik
8.Demonstrasi Lambang Demokrasi Yang Baik

EKONOMI
1.Sekatan Terhadap Pekerja Asing Merugikan Negara
2.Barang Buatan Malaysia Sudah Setanding
3.AFTA Merugikan Negara Dunia Ketiga
4.AirAsia Punca MAS Lemas
5.Sektor Pertanian Dipandang Sepi
6.Kita Masih Perlukan DEB

SOSIAL
1.Teknologi Menghakis Nilai Kemanusiaan
2.Kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' Sudah Gagal
3.Anugerah Berasaskan Undi Lebih Baik Berbanding Juri
4.Bahasa Melayu Semakin Terpinggir
5.Teknologi Dihujung Jari Memantapkan Jati Diri Remaja
6.Isu Alam Sekitar:Kita Semakin Peka

PENDIDIKAN
1.SPM 10 Subjek:Pelajar Kita Untung
2.Matapelajaran Sejarah Perlu Diajar Seawal Darjah 1
3.Mahasiswa IPT berkualiti
4.Aktiviti Kokurikulum Dipandang Sebelah Mata
5.PPSMI Merugikan Negara
6.Mengimport Pelajar Lebih Baik Daripada Mengeksport Pelajar
7. Syarat lulus BI dalam SPM adalah wajar

Humor:
1. 1 Lebih Baik daripada 2
2. Cemburu Tanda Sayang
3. Wanita Sudah Di Hadapan
4. Lelaki Menyusahkan
5. Berambut Lebih Baik Daripada Botak
6. Youtube:Kreativiti melampau